kali ni nak cite sket pasal 2 orang bisnes partner daku ni...kitaorg ni dalam team yang sama....daku buat entry ni sebab daku admirer perjalanan bisnes diorg sejak dari mula join..dari segi semangat tu..memang daku salute n terharu...
Bisnes partner daku yang ini namanya Faezah....dia ni officemate daku...lain bahagian lain skop kerja....perjalanan pertama Faezah dalam dunia Premium Beautiful ialah sebagai pengguna corset....Faezah pakai dah lama dari daku..dulu dia masuk keje daku salah seorang panel yang interview tau...masa mula2 masuk keje..faezah ni kategori wanita 'sihat'...tapi lepas beberapa bulan..daku konpius macam mana dia boleh jadik sangat slim...slim dari daku yang tak berapa nak slim dulu....korek punya korek rupanya dia pakai corset PB..tapi daku bukan nak cite lebih2 pasal kejayaan dia pakai ni...kita pegi pada topik sebenar ye...
suatu hari ni..Faezah msg daku tanya pasal bisnes....masa tu daku baru sebulan join bisnes ni...Faezah berminat nak tau sebab dia pun pakai jugak..so dia rasa kalau dah pakai tapi tak buat bisnes...adalah satu kerugian pada diri dia...sebab dah terang dan nyata dia adalah pengguna PB yang berjaya mendapat kesan yang maksimum...in term of loosing her weight la....semua orang boleh nampak tu...:)
after present marketing plan pada Faezah...dia tak terus join pun...normal la kene serap dulu..fikir dulu..n baru bagi jawapan yes or no....tak kisah la tu...daku niat share sahaja peluang elok untuk meningkatkan keselesaan kewangan sape2 yang memerlukan....after a while...daku tanya semula faezah and faezah bagitau dia takde modal nak start up...tapi dia ada semangat nak join jugak sebagai ahli dan bermula dari bawah..meaning bermula sikit2....pada daku it is ok..selagi ada semangat nak buat bisnes, selagi tu boleh hidup dalam bidang ni dan boleh dijadikan backup pada sumber kewangan kita....
dan daku salute dengan sifat yang ada dalam diri faezah....dia rajin belajar, bertanya dan ambil risiko....faezah bermula dengan sorang customer yang pada awalnya setuju nak beli corset dengan dia...kemudian corset tu dipulangkan balik dengan alasan kesihatan tidak mengizinkan untuk customer tu pakai...pelik tak pelik tp itulah yg berlaku...kalau daku la...memang sedih giler barang yang kita dah jual..orang pulangkan balik tanpa alasan yang kukuh...and takde silap kat mana2 pun barang tu...tapi semangat faezah kental...dia jadikan perkara ni sebagai cabaran untuk dia lebih kuat n tabah dalam bidang ni...dia let go semua perasaan sedih tu n alhamdulillah tak lama lepas tu faezah berjaya dapatkan lagi customers...bukan sorang tapi 2 orang....dan bermula dari tu nama dia dah dikenali di alam maya sebagai penjual corset PB....
sikit2 faezah kumpulkan simpanan yang ada...sikit2 dia kuarkan modal untuk menambah jualan...memang pada awal penglibatan, bonus faezah cuma ratusan ringgit sahaja...sebab modal yang dikeluarkan pun sikit2..maka bonus pun dapat sikit2 berdasarkan jualan...tapi itu bukan perkara besar yang boleh matikan semangat dia..sebab kunci dalam bisnes ni..'buat je berterusan..bulan ni tak dapat..buat untuk bulan depan pulak sampai dapat'...faezah genggam kata2 ni dengan erat...dengan usaha yang tak putus dan sentiasa rujuk..faezah akhirnya berjaya jugak mencukupkan sales beliau sehingga layak diberikan pangkat pertama dalam bisnes ni iaitu Sales Manager...dan alhamdulillah..dari ratusan ringgit je bonus dia pada bulan pertama join...insya allah awal ogos ni Faezah akan menggengam bonus ribuan ringgitnya yang pertama...ini adalah reward untuk usaha tanpa jemu faezah yang bermula dengan kisah sedih customer pertama dia....
pada daku, kalau la faezah putus asa selepas customer pertama dia pulangkan barang..mungkin impian dia nak capai income bisnes RM3K++ takkan tercapai..bila kita percaya pada rezeki Allah dan usaha tanpa jemu, insya allah dihujungnya nanti kejayaan kita nampak satu persatu muncul...daku memang salute dengan semangat yang ada dalam diri faezah ni...
semangat faezah ni membuktikan..'sape kata takde or tak cukup duit tak boleh berjaya dalam bisnes ni???'....kekangan untuk berjaya tu sebenarnya ada dalam diri sendiri je..nak dengan taknak buat bersungguh2 je...faezah dah buktikan pun....:)
partner daku yang ni pulak namanya norimah...kisah norimah join ni pun panjang jugak...rezeki daku agaknya Allah nak uji dengan history mendapat rakan niaga yang bermacam2...tapi itu bukan mematahkan lagi semangat...tapi daku jadikan motivasi untuk buat lebih lagi...:)...thanx Allah sayangkan daku dengan cara ni..:)
Norimah ni sebenarnya adik kepada ex-housemate daku dulu masa mula2 daku bekerja...daku penah pegi rumah mak norimah tapi masa tu memang tak kenal norimah nih...asalnya daku present marketing plan pada kakak norimah a.k.a ex-housmate daku tu...tapi sedih...impian kakak dia nak bantu kewangan suami dan keluarga musnah macam tu je sebab suami dia tak izinkan...disebabkan semangat kakak norimah ni kuat nak berbisnes..sebab dia boleh nampak bisnes ni ada jaminan...dia galakkan norimah untuk jalankan bisnes ni untuk dia...dalam kata lain dia nak buktikan pada suami dia yang bisnes ni bukan mengarut..
dan norimah sendiri...dari tak tau apa2..demi untuk sambung perjuangan kakak dia dalam bisnes ni..dia ambil sebagai satu cabaran..semangat dia tinggi n cekal jugak...permulaan join bisnes...norimah dah berjaya buat sales pada 2 orang customers..kemudian bertambah lagi dan dalam masa 2 minggu join..dah 6 set norimah jual corset...untuk ahli baru masuk yang masih banyak ilmu perlu dipelajari..daku salute dengan semangat norimah nak belajar in advance daripada blog2 n bertanya...pada pendapat daku, 6 orang customers dalam masa 2 minggu tu satu pencapaian yang tinggi untuk orang baru...bulan pertama join..alhamdulillah..bonus ribuan ringgit pertama dia dah kecapi...pangkat sebagai Sales Manager macam faezah tu pun dia dah dapat..:)
pada daku, kenapa faezah dan norimah boleh berjaya dengan cepat walaupun ada banyak dugaaan dan cabaran sepanjang diorg terlibat dalam bisnes ni ialah :
- cekal dan bulat hati dengan pemimpin --> tak bantah apa yang daku advice suruh buat
- 'follow', 'duplicate' pemimpin --> apa yang daku buat dekat blog n fb diorg duplicate sebijik2 + tambah kreativiti sendiri sikit2
- rujuk pemimpin --> bila ada soalan2 dari customer or keraguan pasal bisnes, pasal produk..diorg rajin sangat sms, ym daku..tak pandai2 ikut kepala sendiri
- bertindak --> diorg akan buat apa sahaja tindakan berdasarkan apa yang daku advice...takde lengah2..takde malas2...takde sikit pun alasan walaupun daku tau masing2 ada kekangan tapi diorg bagi komitmen 100% pada daku
memang bila ada 4 ciri2 ni...insya allah...boleh berjaya dengan cepat dalam bisnes nih...duduk la ceruk mana pun..takde sebab yang boleh menggagalkan kecuali kuasa Allah S.W.T...sebab apa yang CDM Hanis buat....CDM Maisarah buat...DSM Nurul buat..n daku buat....semua diorg buat jugak..mudah tak mudah buat bisnes ni....korang tengok la pada semangat faezah dan norimah ni ye...:)...dan insya allah..dengan bantuan hanis, mai n nurul..kitaorg akan gilap lagi bakat terpendam faezah n norimah untuk mereka sama2 berjaya dalam memimpin pulak kumpulan masing2...ciri2 bakal pemimpin yang hebat dah ada dalam diri faezah n norimah...dan insya allah mereka juga akan menjaga kumpulan masing2 dan memastikan semua ahli dalam team berjaya dapat seperti apa yang mereka juga dah berjaya...dan daku sendiri sangat2 happy sebab dah berjaya berikan kejayaan pertama kepada faezah dan norimah seperti apa yang daku dapat dulu...doakan kejayaan seterusnya bersama kumpulan kami ye...:)
berusahalah kalian..janjikan..:)
No comments:
Post a Comment