Dear reader, thanx a lot for visiting this blog..do follow by clicking the button below..tqvm..:)

Jun 25, 2007

memori sukan staf 2007


Dengan ex-opismate...Sh. Aleya Syed Mohd Fami


alhamdullillah...segalanya berjalan dengan lancar..bermula dari majlis serah bendera di astaka,UMP sehinggalah ke majlis perasmian penutup di dewan 2020, kuala perlis. Bagi daku, sukan tahun ni mmg plg best bagi pasukan boling...pasukan lain daku tak tau la sbb tak berkesempatan langsung tengok diorg main..sbb team boling berkampung di kedah bowl, alor star..sedangkan game2 lain semua berkampung di kuala perlis. Kul 7 pagi dah keluar umah, kul 1.00 pagi baru sampai umah semula.

Tahun ni setiap target yang ditetapkan oleh pengurus pasukan dapat mencapai sasarannya...untuk acara individu lelaki dan beregu lelaki..tahniah daku ucapkan sebab mencapai target average yang diperlukan....untuk acara berpasukan wanita, tahniah juga daku ucapkan sebab first time dapat meletakkan nama UMP dalam senarai top ten..sebelum2 ni selalu aje nama UMP duk kat ranking bawah..dah nak last2....huhuhu....alhamdullillah..insya allah kalau ada rezeki join tahun depan kitaorg try untuk naikkan lagi ke ranking top 5 pulak...insya allah...tak sia2 rasanya berkorban duit untuk training dari awal tahun.

Gambar daku dah upload dlm photobucket...nak tgk click aje pada Admie's Album tu...oklah..adios...:)

Jun 11, 2007

Sukan Staf 2007

Doakan kejayaan kami staf UMP yang berjuang di UniMAP...

Semoga beroleh peningkatan berbanding tahun sebelumnya...

Semoga dapat sekaligus menempah tiket untuk beraksi di Sarawak pada tahun 2008...

Insya Allah....