so apa pulak yang daku nak kongsi kali ni...
IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG
Bahan2 :
Ikan
asam jawa adabi
bawang merah (hiris)
bawang putih (hiris)
cili merah (hiris)
serai (ketuk)
garam secukup rasa
Cara2 :
1. bersihkan ikan
2. masukkan dalam periuk dan lumurkan dengan asam jawa
3. masukkan bahan hiris dan serai ketuk
4. masuk air..agak2 tinggi yang sesuai dengan semua bahan
5. tutup periuk dan reneh dengan api perlahan sehingga ikan masak
6. masukkan garam sedikit sahaja..sebab asam jawa adabi dah ada garam
7. biarkan sekejap dan siap..:)
Nota : resepi ni mak mertua jugak yang ajar tapi daku lupa bahan2 yang sebenar..rasa2nya betul dah tu...:)
UDANG KUAH TEMPOYAK
Bahan2 :
Udang sederhana (15 ekor)
Tempoyak (2 sudu besar)
bawang merah (hiris)
bawang putih (hiris)
cili merah (hiris)
serai (ketuk)
Garam secukup rasa
Cara2 :
1. bersihkan udang
2. masukkan bahan hiris, cili ketuk dan tempoyak dalam periuk
3. masukkan air..agak2 tinggi sesuai dengan kepekatan tempoyak (tak cair sangat tak pekat sangat)
4. panaskan sehingga kuah agak2 mendidih sedikit
5. masukkan udang
6. reneh bahan dalam periuk dengan api perlahan sehingga udang kemerah2an
8. masukkan garam dan biar sebentar
9. siap..:)
Nota : resipi ni daku belajar dari kakak ipar..hubby suka makan lauk ni..kene la buat..:)
Selamat menjamu mata...try la buat balik nanti..gerenti banyak masa nak main ngan anak lepas habis memasak sementara nak tunggu waktu berbuka..:)
2 comments:
salam admie..wah!mcm2 menu ,berselera la HB makn berbuka semalam yer?Alhamdllh.
hhhehhehe..kak atie..alhamdulillah..awal2 puasa biasanya gini le..semangat memasak..masuk minggu kedua dah tak tau nak masak menu apa dah..param la jawabnye diserbu..hehhehhe
Post a Comment