bahan mentah nak masak dalam fridge dah sikit..so takde idea sebenarnya nak buat menu apa...adala ayam bape ketul je tinggal..ikan kembung ada lagi sekor je..
elok pulak hubby kata dia pegi care4...so hubby ada beli ikan siakap..daku memang tak biasa buat masak2 ikan besar saiz ni..hehhee..takut...so terus suh hubby google n cari idea nak masak apa...ni la menu untuk hari keempat berpuasa..:)
Ikan siakap sekor
bawang merah (potong dadu)
bawang putih (ketuk)
halia (hiris)
lengkuas (ketuk)cili merah (hiris)
tomato
sos cili, sos tomato, sos tiram
gula
garam
air
Cara2 :
1. bersihkan ikan, salutkan dengan tepung jagung dan goreng sehingga garing
2.letak ikan dalam pinggan
3. guna sedikit minyak hasil gorengan ikan, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas sehingga naik bau dan agak layu
4. masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, buah tomato, sedikit gula dan sedikit garam
5. masukkan air (agak2 sahaja..sesuaikan dengan kepekatan kuah yang dikehendaki)
6. biarkan sebentar
8.tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan
9.siap...:)
Nota :nenas takde..so memang tak berseri la nampak..dan jugak daku memang fail bab2 menghias makanan yang dihidangkan..hadap je le ye..hehehhee....
Ayam
Telur (pukul)Tepung goreng puteri ayu
Cara2 :
1. bersihkan ayam
2. gaul ayam dalam telur
3. gaulkan pula dalam tepung goreng
5. goreng sehingga kekuningan
7. siap...:)
Nota : hehehhe...saja gatal resipi ni pun nak tempek kat sini...hahhaha...nama ayam tu bersempena nama tepung goreng tu ye..takde makna2 tersirat pun....hahaahha...
Oklah...petang ni nak balik kuale..so menu berbuka adalah menu2 feveret masa kecik2 dulu..here we go kuala kangsar...samosa...cendol..laksa..murtabak...bubur jagung mak...nasi ayam mak...pphheewwww....penuh perut weekend ni wehhhhh....
No comments:
Post a Comment