Dear reader, thanx a lot for visiting this blog..do follow by clicking the button below..tqvm..:)

Aug 4, 2011

mari berkongsi menu : 3rd day

semalam balik rasa penat sangat masa sampai rumah..masa solat dah rasa huyung hayang dah...simtom kurang darah daku berulang kembali..huhuhu..

memang tak berdaya nak memasak..nak angkat tangan pun longlai aje...kesian kan..hehehhe...serius ni wehhhh...

so..semalam menu berbuka telah di order di pasar ramadhan di Taman Tas...1st time visit pasar ramadhan puasa kali ni..hehhehe...tapi sebab tak larat...tengok makanan pun takde selera...just beli 3 lauk untuk hubby..sebab hubby nak makan nasik...n untuk daku just beli murtabak n air cendol..jadi la...:(...

lepas berbuka solat dulu n kemas dapur sambil masak lauk untuk sahur pulak..ada la sikit tenaga and kene paksa jugak la..kalau tak nak makan apa sahur nanti kan...so kali ni daku just kongsi menu sahur kitaorg ye..:)

harap maaf ye..kualiti gambar kurang memuaskan...kamera murah...huhuhu...:D

AYAM MASAM MANIS

Bahan2 :
Ayam
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
serai
cili giling
sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap
air

Cara2 :
1. goreng ayam yang disalut kunyit dan sedikit garam sehingga separuh masak
2. keluarkan ayam dan tinggalkan sedikit sahaja minyak gorengan ayam dalam kuali
3. tumis bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili giling sampai naik bau
4. masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap
5. masukkan air (agak2 sahaja..sesuaikan dengan kauntiti ayam)
6. masukkan ayam dan kacau sekata
7. biarkan sebentar agar kuah dan ayam sebati rasa
8. siap...:)

Nota : asalnya nak masak ayam masak kicap..tapi entah macam mana terletak sekali sos2 tu semua..hmm..terus ubah jadik ayam masam manis sebab ada rasa campuran tu..hahahha..belasah aje la..ni resipi admie ye...hahahahhaha


SAYUR BAYAM TUMIS BILIS
Bahan2 :
Sayur bayam
bawang merah
bawang putih
kuib ikan bilis
air

Cara2 :
1. bersihkan sayur dan toskan
2. tumis bawang merah dan bawang putih dalam periuk
3. masukkan kiub ikan bilis dan kacau sebati
4. masukkan air
5. tunggu sedikit menggelegak dan masukkan sayur bayam
6. tutup periuk dan biarkan sebentar untuk sayur layu
7. tutup api dan siap...:)

Nota : ni memang dah malas sangat..malas nak tumbuk ikan bilis kan..so pakai kiub aje..tapi jangan buat selalu ye...banyak ajinomoto kiub ni...muakkkkk....:(

Oklah...itu je nak share kali ni...untuk hari ni masih terfikir2 nak masak apa..lauk dalam fridge dah banyak habis..nak kene stock up semula..malas nya nak ke kedai...huhuhu...

2 comments:

Rozie said...

Seronok Pulak bila Tiba Bulan Puasa leh kongsi Resipi...

http://sayangkudinadania.blogspot.com/2011/08/kari-udang-utara.html

admie said...

hai zie...thanx kongsi menu jugak..boleh try2 nih..:)