so..untuk 1st day berbuka...daku sempat masak 3 jenis lauk sahaja....dengan permulaannya bersilat dulu dengan si kenit sebab tiba2 aje ngengada dia nak berdukung pulak..haishhhh....
SUP AYAM
ayam
kentang
bawang merah
halia
lengkuas
bunga lawang,kulit kayu manis
buah tomato
garam secukup rasa
Cara2 :
1. rebus ayam dalam periuk sehingga empuk
2. tumis bawang merah, halia, lengkuas, kulit kayu manis, bunga lawang dalam kuali
3. tuang hasil tumisan dalam periuk rebusan tadi
4. masukkan buah tomato dan kentang
5. tutup periuk dan reneh dengan api perlahan sehingga tomato layu dan kentang lembut
6. masukkan garam dan biarkan sekejap
7. siap..:)
Nota : resepi ni daku amek resipi mak mertua sikit2 dan gabung dengan selera daku sikit2...:)
SUP TIMUN
Bahan2 :
Timun (bukan timun biasa makan ulam tu..buah timun yang bentuk macam buah betik kecik2 tu)
Bawang merah
Serai
Ikan bilis
Cili besar
Garam secukup rasa
Cara2 :
1. potong timun ikut suka ati saiz nya
2. hiris bawang dan cili besar
3. ketuk serai
4. masukkan no 1,2,3 ke dalam periuk
5. tambahkan air ikut sukatan yang sesuai untuk dijadikan sup
6. masukkan ikan bilis
7. reneh bahan dalam periuk sehingga timun lembut dan nampak kejernihan warnanya
8. masukkan garam dan biar sebentar
9. siap..:)
Nota : resipi ni daku tanya pada kakak ipar sebab kat umah mertua je biasa jumpa menu ni..:)
CENDAWAN GORENG
Cendawan
Telur
Tepung goreng Puteri Ayu
Garam secukup rasa
Cara2 :
1. basuh cendawan dan toskan
2. pecahkan telur masuk dalam mangkuk dan tambah sedikit garam..pukul separa kembang
3. celup cendawan dalam telur, kemudian golekkan dan salutkan dengan tepung goreng
4. goreng sehingga kuning/sedikit coklat/terasa keras or rangup
5. siap...:)
Nota : resipi amek idea masa makan di rumah kaklong daku..dia suka buat cendawan goreng ni..tapi dia guna cendawan butang kot...:)
Oklah..selamat menjamu mata dengan gambar2 ye..kalau tak tahan.balik kang try la buat..
berusahalah kalian..janjikan..chiow dulu..daaaa....:)
No comments:
Post a Comment