Dear reader, thanx a lot for visiting this blog..do follow by clicking the button below..tqvm..:)

Apr 5, 2012

masuk Berita Harian...bila la turn sendiri pulak..

Cerita ni cerita lama tapi tak pernah daku post dalam entry kan..

awal2 nak buat business ni memang dah baca artikel ni..n rasa kagum sangat sebab umur dia muda dari daku..tapi dah banyak benda yang dia kecapi hasil dari business ni...

and yang daku berangan masa tu ialah pasal impian daku nak selesakan kewangan keluarga..

n jatuh minat lagi nak start sebab Hanis jual kat facebook n blog je..hehehe...

daku ni pemalu orangnya...kalau nak suruh promote2 barang..kompem promote kat kwn sebelah meja dan sebelah bilik je kalau kat opis ni...

so kalau nak berjaya macam Hanis, kompem la kene promote lebih dari tu kan..duk fikir2..kalau jual kat internet..muka orang tak nampak...orang blh just baca apa yang kita type..and kalau kene call pun, orang dengar suara aje..kita seram sejuk ke..muka dah biru ke..mana diorang nampak kan..hahhahaha...

so taknak fikir panjang dah..daku sign up n bermula...masa tu nak kejar saving untuk emergency takut2 anak daku sakit teruk lagi...

so korang yang belum pernah baca cerita hebat 'big boss' daku dalam berbisnes...marilah kita sama2 baca kat sini...hehehhe...

Hanis jana pendapatan 6 angka
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my
2011/03/17

ANTARA koleksi beg tangan dan kasut mewah yang dimiliki.
ANTARA koleksi beg tangan dan kasut mewah yang dimiliki.
 
Jual korset penuhi minat kumpul beg, kasut mewah

PERNAH menyalahkan keputusan ibu bapa membenarkan dia berkahwin sebelum menamatkan pengajian di kampus dan lebih menambah tekanan, dia disahkan hamil anak pertama sejurus selepas pernikahan. Akui Hanis Haizi Abdul Hamid, ketika berkahwin, usianya baru memasuki angka 22 manakala suami, Razali Mohamed Zain, 25.
“Betul seperti dikata, orang muda memang tidak matang dan disebabkan hanya suami yang mencari rezeki, kehidupan kami sekadar cukup untuk hidup saja.

“Namun begitu, keinginan memiliki barangan peribadi berjenama memang tinggi memaksa saya berhutang kad kredit malah saya pernah memiliki hingga lapan kad pada satu masa,” katanya memulakan bicara.

Kata Hanis Haizi, keluarga mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam urusan rumah tangganya tapi apabila melihat adik-beradik lain hidup senang, dia juga teringin sehingga memaksanya berhutang.

“Bagaimanapun, ketika sedang hamil anak kedua, barulah saya tergerak hati untuk berubah demi meringankan beban suami dan juga bagi memenuhi cinta saya terhadap barangan berjenama,” katanya jujur.
Kini, Hanis Haizi bukan lagi manusia kalah yang hidup dibebani hutang malah semua kad kredit yang dulunya menjadi ‘nyawa’ untuknya sudah diganti kad debit.

Segala-galanya bermula pada awal 2009 ketika ibu muda berusia 27 tahun itu nekad mencari kerja. Bagi menenangkan perasaannya ketika itu, wanita yang senang disapa sebagai Hanis itu turut melakukan solat istikharah, meminta petunjuk daripada Yang Maha Kuasa.

“Besar kuasa Allah kerana selang empat hari selepas itu, seorang rakan menghubungi dan memperkenalkan saya kepada perniagaan korset Premium Beautiful (PB) Hai-O.

“Berbekalkan modal sebanyak RM20,000 yang dipinjam daripada ibu, saya nekad memasarkan PB secara dalam talian sejak dua tahun dulu,” katanya.

Membanggakan, dalam tempoh singkat, Hanis bukan setakat mampu tapi hidup mewah dengan pendapatan mencecah RM150,000 sebulan malah berpeluang mengumpul koleksi kasut dan tas tangan jenama mewah bagi memenuhi hobinya sebelum ini.

“Bulan pertama, saya mendapat keuntungan jualan sebanyak RM3,000 dan tanpa berlengah, saya tempah sepasang baju rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini berharga RM1,500 sebagai motivasi untuk diri sendiri manakala selebihnya disimpan,” katanya.

Sejak mula terbabit dalam jualan langsung juga, Hanis menetapkan senarai impiannya. Antaranya, mahu sebuah kereta, rumah sendiri, himpunan tas tangan mewah dan melancong ke Tokyo, Jepun.

“Selama berkahwin, ke sana ke mari hanya dengan kereta Proton Wira berusia lebih 10 tahun dan menjadi impian saya untuk memiliki sebuah kereta yang selesa.

“Syukur kerana dalam tempoh setahun, saya mampu mencapai semua impian berkat doa serta dorongan suami dan keluarga,” katanya.

Sesiapa yang mengikuti blog wanita ini pastinya tahu tahap ‘kegilaannya’ terhadap tas tangan serta kasut jenama mewah dan akui Hanis, pembelian koleksi mahal itu, ‘habuan’ tanda motivasi untuk setiap jualan yang berjaya dilakukan.

Dek kerana itu, Hanis akan memastikan dia membeli sekurang-kurangnya tiga atau empat tas tangan jenama mewah setiap bulan. Bukan calang-calang jenama kerana himpunan tas tangannya adalah daripada jenama mewah seperti Chanel, Prada, Chloe, MiuMiu, Burberry dan Marc Jacobs.

“Saya suka berangan bergelumang hidup dengan barangan mewah sejak dulu. Suka menonton rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians kerana gemarkan fesyen dan kecantikan.

“Kecintaan terhadap dunia kecantikan jugalah yang meletakkan saya di tahap sekarang. Boleh dikatakan, saya berniaga kerana ingin memenuhi hobi memiliki barangan berjenama,” katanya sambil membelek tas Chanel Maxi Caviar kesayangannya.

Sejak 2010, Hanis turut mengumpul koleksi kasut dan sehingga kini, koleksi Salvadore Ferragamo menjadi kegilaannya.

“Dulu, ketika tidak berduit, saya fikir tidak sanggup berhabis membeli kasut berharga ribuan ringgit yang sudahnya hanya dipakai di kaki tapi apabila sudah ‘terbeli’, saya jatuh cinta kerana kehalusan kerja dan keselesaan.

“Dalam perniagaan juga, barangan berjenama memainkan peranan penting yang dapat mengubah persepsi awal pelanggan apabila bertemu malah kita sendiri pun rasa yakin,” katanya ramah.

Bergelar Crown Diamond Manager (CDM) Premium Beautiful tidak semudah yang disangka malah dia menolak andaian, semua yang menyertai perniagaan MLM bakal bergelar jutawan dalam tempoh singkat.

“Tanam dalam hati, tiada benda yang mustahil. Platform MLM senang untuk diceburi kerana produk sudah sedia ada malah perniagaan juga dimulakan dengan bertunjangkan pemimpin yang sedia mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar. Saya tidak mempunyai ramai rakan karib tetapi berusaha memasarkan produk di blog,” katanya.

Cerita lulusan Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini lagi, pahit manis sebelum menikmati indahnya kejayaan akan sentiasa dijadikan iktibar untuknya terus memajukan diri.

“Saya pernah menangis di depan suami apabila pelanggan pertama tidak jadi membeli PB selepas penat menerangkan kelebihan produk ini. Ada juga teman sekampus mencemuh apabila tahu saya menyertai MLM malah tidak kurang juga beranggapan saya tidak berpelajaran tinggi, kerana itu menyertai MLM.

“Pernah juga pergi dari rumah ke rumah untuk memasukkan risalah mengenai PB dalam setiap kotak pos serta menyelitkan risalah sama di akhbar.

“Kata-kata semangat daripada suami mendorong saya mengharungi asam garam itu dan saya anggap segala kepayahan itulah banyak mengajar saya untuk menjadi orang berjaya hari ini,” katanya.

Buktinya, perniagaan korsetnya kini tersebar luas bukan setakat di kalangan wanita tempatan malah dia mengakui turut menerima pesanan PB daripada pelanggan di United Kingdom, Jerman, Australia, Brunei, Asia Barat, Eropah dan Jepun.

Kini, impian anak kepada pasangan Datuk Abdul Hamid Mohd Ali dan Datin Kasmah Hashim ini adalah untuk mewujudkan jaringan rakan kongsi yang lebih luas.

“Saya tidak mahu dikatakan menumpang kemewahan keluarga dan saya juga tidak mahu berjaya seorang diri. Impian saya, melihat lebih ramai pemimpin berjaya lahir di bawah CDM Hanis Haizi dan lebih penting, tahun ini, saya berazam untuk memiliki simpanan sebanyak RM1 juta ringgit,“ katanya penuh semangat.

PROFIL: Hanis Haizi Abdul Hamid
Kerjaya: Ahli perniagaan MLM
Kelulusan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
Suami: Razali Mohamed Zain (Jurutera Teknologi Maklumat)
Anak: Muhammad Hariz Rifqi, tiga tahun setengah dan Muhammad Haikal Razik, setahun.

kalau big boss daku dah masuk ke 7 buah negara jualannya, alhamdulillah berkat tunjuk ajar dia daku dah masuk ke 3 buah negara..brunei, austria n australia...heheheheh...

enjoy je buat business ni...daku jadikan bidang baru ni penghilang stress daku sehari2 kalau ada apa2 keje yang memeningkan di opis yang belum setel2...hehehehhe...

anyway...blog business daku di sini if u girls belum tau la...www.admieshuhada.com...

rajin2 la menjengah k...nanti daku balik dari Holland, daku update cerita2 best pengalaman pertama daku ke negara Eropah..n it is free trip...kiranya ni 2nd trip daku disponsor oleh syarikat...1st time pegi Vietnam aritu...cerita n memori vietnam belum habis lagi nihh...rinduuuu...kekkekke...

oklah..terima kasih kerana sudi membaca...dada..didi..dudu...:)))

1 comment:

misz l0vely said...

aslmkm...
hye...
j0m j0in c0nway nie..
http://showmeshawlsecrets.blogspot.com/2012/04/contest-giveway-by-showmeshawlsecrets.html
tq...
;-)