Dear reader, thanx a lot for visiting this blog..do follow by clicking the button below..tqvm..:)

Dec 1, 2011

azam..azam..azam...

tiap2 tahun memang semua org macam ni kan..pasang azam...hehehe..termasuk daku la...

 azam..angan2..impian..sama je maksudnye...yang membezakan nya is perlaksanaan nye nanti mcm mana kan...

selama bertahun2 sejak pandai buat azam tahun baru ni..memang ada je wishlist tahun baru yang daku senaraikan...tapi bila tahun makan tahun..ada wishlist yang tak berusik..ada gak yang di carry forward ke tahun seterusnya..hahahha...kelakar pulak..

daku macam orang lain jugak..suka pasang azam..angan2 ni..tapi usaha 1% je untuk capai..tak pernah la tercapai betul2...

memang dulu2 bila ingat balik selalu pasang azam or cerita dlm blog pasal impian sekadar luahan perasaan je..tak disertakan dengan keingin yang kuat dan bersungguh..

tapi lain dengan tahun ni...lain sangat2..rasanya memang betul la pompuan ni kalau dah jadi ibu...yang banyak bagi dorongan untuk dia berubah kepada sesuatu yang baru mesti disebabkan anak kan..

kalau nak kata sebab suami, sepatutnya azam2 daku yang lama2 dulu lama dah tercapai..sebab dah 7 tahun kawen kan..hehehhee...

memang wazif la penguat diri daku untuk capai setiap azam2 yang pernah diangan2kan..:)

from seorang yang biasa..hidup pun tak menonjol..pagi keluar umah pi keje...petang balik umah semula..malam keluar makan2 jalan2...sabtu ahad buang masa tgk movie...ini daku yang dulu sebelum ada wazif...sebelum tau macam mana nak capai azam sendiri...

daku yang sekarang dah lain...azam asalnya nak selesakan wazif hanya sebab dia tak sihat masa baby..membawa daku berhijrah dari seorang yang biasa..yang takde orang pun kenal selain kawan2 rapat...sekarang menjadi seseorang yang sape2 pun boleh kenal dalam dunia ni..no boundary dah...kawan2 pun dah makin ramai...dari serata pelusuk negeri kat malaysia sampai luar malaysia..brunei, canada, australia, austria..memang tak terjangkau akal sebenarnya boleh berubah sampai macam ni sekali...

sampaikan bila ada kawan2 yang berkata...'hebat la awak sekarang...kagum boleh berjaya dengan cepat'...daku mampu ucapkan alhamdulillah...senyum..n kata..'semua dr allah'...sebab diri sendiri macam boleh percaya dengan tak percaya je..:)

rupa2nya kuasa anak ni boleh merubah cara kita bertindak dan berfikir..dari tak serius dalam membuat sesuatu kepada serius...dari seorang yang bermotivasi rendah kepada seorang yang sentiasa bermotivasi tinggi...dari seorang yang malas kepada yang rajin..dari seorang yang tak pandai grab peluang kepada seorang yang pantang nampak peluang...:)..that's me now...n insya allah sampai bila2 selagi allah izinkan..:)

perubahan yang berlaku yang boleh bawa hidup kita kepada arah yang lebih baik..jangan disia2kan..genggam elok2..melalui perubahan tu la sebenarnya sikit demi sedikit azam2 yang lama dulu tertangguh or terkubur dapat dihidupkan semula...insya allah...:)

so kawan2...jangan takut berubah sekiranya tiap2 tahun korang memang ada wishlist dan pernah alami setiap wishlist terkubur begitu sahaja...itu tandanya korang belum betul2 nak kan azam itu tercapai...cuba lakukan sedikit perubahan dalam hidup..dalam cara berfikir...dalam cara bertindak..mungkin disebalik setiap perubahan tu akan nampak banyak kelebihan....:)..

pernah tak kita terfikir...selalunya azam kita dari awal tahun sama dengan kawan2 kita..tapi bila hujung tahun..kawan kita yang dah mulakan langkah pertama 6 bulan lalu dah berhijrah kepada keadaan yang lebih baik..tapi kita sekarang di hujung tahun masih dalam keadaan yang sama...next year kita azam benda yang sama lagi...sampai bila kan..pernah tak terfikir..?..:)

akhir kata...berusahalah kalian..janjikan..selamat tahun baru 2012 all...


sengaja wish awal supaya kita dapat persiapkan diri sebulan awal untuk berubah/berjihad kepada keadaan yang lebih baik demi mencapai azam masing2.insya allah..:)

No comments: