ini kisah tentang sorang prospek daku..terkesan sangat n sedih dengan kisah beliau...semalam jumpa dia...kak raz nama timangan...kak raz ni prospek kepada rakan kongsi daku..so semalam daku turun padang untuk bantu rakan kongsi present marketing plan pada prospek dia ni...
kak raz ni orang sabah..dah berbelas tahun duduk di semenanjung...suami kerja kilang di gebeng...anak dah 2 orang..yang sulung umur 13 tahun kalau tak silap daku la...yang kedua masih bayi umur 3 bulan...
selama ni kak raz cerita dia buat kerja macam2 untuk bantu suami sara keluarga..n selepas bersalin kak raz bekerja sebagai cashier di stesyen minyak Petronas...gaji tak cecah RM1000 pun...
selesai present marketing plan saje la daku bersembang2 dengan kak Raz...sebab mood raya ada lagi kan..daku tertanya la macam mana balik raya aritu...terus muka kak raz lain macam n senyap je...rakan kongsi daku la yang tolong bagitau yang kak raz ni dah lama sangat tak balik kampung dia di sabah..dah berbelas2 tahun tak jumpa mak dia..mak kak raz masih hidup....daku agak terkejut n sempat juga tanya kenapa..mana tahu kalau2 ada krisis keluarga ke kan...
kak raz cakap..'duit tak pernah cukup nak beli tiket..'...rasa macam darah terus naik ke muka..rasa macam sedih teramat n nak mengalir air mata time2 tu jugak...tambah lagi tengok muka kak raz yang sedih sangat tu...tapi as pemimpin, daku tabahkan hati n kawal perasaan..daku motivate kak raz lagi...insya allah kalau kak raz buat bisnes ni, raya haji tahun ni dapat balik jumpa mak di kampung..mesti mak sangat2 rindu dengan kak raz...
kak raz juga cerita simpanan untuk diri sendiri tak pernah ada..apatah lagi untuk anak2 dia...nak harap gaji suami memang tak cukup...kesian dengan nasib kak raz...pada daku keadaan kak raz ni memang kritikal..dan dah terdesak...bila dalam keadaan macam ni, kita sanggup buat apa saja...tapi mampu ke kak raz nak dapatkan modal kalau nak berbisnes..??? bisnes besar or kecik..semua perlukan modal..even nak jual nasi lemak tepi jalan pun..still kene ada modal...
tentang tu, daku serahkan pada Allah Ya Razak..daku n rakan kongsi hanya mampu buka peluang..buka jalan..tapi usaha seterusnya kak raz kene cari sendiri sebab takde orang akan bagi dia duit untuk start up the business melainkan diri dia..insya allah, kalau kita mohon jalan dengan allah...allah akan tunjuk...sebab niat kita nak perbaiki kewangan sendiri n keluarga...
sepanjang driving nak jumpa prospek kedua semalam, daku tak sedar air mata mengalir bila terkenangkan kisah kak raz n terbayang muka sedih dia...memang sangat2 terkesan n daku mengucap syukur yang tak terkira pada Allah sebab daku diberi kesedaran awal untuk mula berubah melalui bisnes ini.
itu kisah kak raz..tapi macam mana pula dengan diri kita skrg ni..
kita dah rasa selesa sangat ke dengan gaji tetap yang kita dapat tiap2 bulan tu???
kita dah rasa simpanan diri sendiri dan anak2 dah cukup sangat ke untuk tampung sampai anak2 kita besar n berkerjaya??
kita dah rasa yakin ke yg suami kita akan selamanya berada di sisi kita, bekerja untuk sara keluarga kita???
semua benda ni pernah tak kita fikir dalam2..amek sejenak masa santai kita n cuba renungkan...
masa kita senang n selesa ni la kita kene cari banyak2 peluang untuk menambah sumber pendapatan kita..yang bekerja..gaji tetap is gaji tetap..tp sumber2 lain kita boleh buat sebagai side income..bila ada side income ni..sedikit sebanyak membantu kita untuk saving lebih dari biasa...
kalau dulu dengan gaji tetap, kita dapat saving yang betul2 saving tak keluar2 dah dalam RM500...10 tahun kita simpan boleh dapat RM60,000..tapi sepuluh tahun la nak tunggu kan...itu kalau betul2 simpan yang takde korek2 dah...
tapi bila ada side income...senang2 setiap bulan kita boleh simpan RM1000 minimum..and kita hanya perlukan 5 tahun je untuk simpan jadikan RM60,000 tu..dah jimat 5 tahun kan...
kemudian, bila buat bisnes...setiap bulan kita dijamin dengan income atau dipanggil bonus yang confirm masuk ke akaun kita..dan untuk memulakan bisnes..kita kene ada modal...bila dah terdesak baru nak buat bisnes...ingat senang ke usaha nak dapatkan modal tu???
itulah sebabnya daku galakkan time kita sedang rasa kita hidup mewah, selesa dan sejahtera ni la kita grab peluang untuk buat bisnes...sebab time ni kita masih ada peluang cerah untuk dapatkan modal...tak kisah la melalui simpanan ke, pinjaman ke...itu semua kemudahan yang kita ada...gunakan la pada perkara kebaikan..
sebut pasal pinjaman bank...daku nak sentuh sikit pasal kita ni orang melayu...
kenapa orang melayu selalu dikata bangsa yang rugi oleh kaum lain..????sebab kita ni banyak kemudahan yang kerajaan bagi...terutamanya dalam soal kemudahan pinjaman bank...tapi kemana kita gunakan kemudahan tu???? kita bazirkan dengan buat pinjaman untuk ENJOY sahaja...
masa dapat duit, memang kita happy...tapi bulan2 lepas tu..kita happy lagi tak keluarkan duit untuk bayar hutang tapi takde duit lain yang masuk untuk top up semula duit kita yang keluar tu????
kenapa skrg kita taknak berubah..berubah dari seorang yang selalu mebazir kepada seorang yang bijak menggunakan kemudahan yang telah diberikan...
buat pinjaman untuk modal bisnes...merata2 orang akan buat pinjaman kalau memang takde simpanan cash sendiri...bila kita buat pinjaman untuk modal bisnes, memang tiap2 bulan kita kene bayar semula pada bank..tapi tiap2 bulan jugak company akan masukkan semula duit ke dalam akaun kita dalam bentuk INCOME/BONUS n melebihi duit yang kita keluarkan untuk bayar semula pinjaman tu...rugi ke tak rugi kalau kita berubah hari ini????
kalau nak tau, bangsa lain sangat susah nak buat pinjaman bank..macam2 prosedur diorg kene patuhi..tapi kita orang melayu senang je tunjuk payslip n sign agreement terus dapat duit...kalau still kita tak pandai nak guna peluang keemasan tu untuk bantu semula hidup kita..tak tau la daku nak cakap macam mana...
berubah lah..tolong la berubah kalau kita ada impian nak selesakan keadaan kewangan kita..tapi impian tu jangan la hangat2 tahi ayam je...bila dah ada orang buka kan jalan..bukakan peluang..rebut la dengan cepat dan bersungguh2..
daku memang hairan dengan segelintir orang yang daku pernah jumpa n pernah bertanya dengan daku...impian diorg memang besar..jelas..tapi setakat suam2 kuku sahaja...usaha 1% sahaja untuk capai impian tu...macam mana nak dapat...risiko tak berani nak ambil...semua benda nak takut..padahal tak mencuba pun lagi..kalau daku berfikiran macam ni..rasa2nya keadaan kewangan daku masih ditahap yang sama....akaun daku tetap tunjuk angka yang sama...baki akaun daku pun tetap ditakuk yang sama tiap2 bulan or even negative terus...
tapi bila perubahan berani di buat..diri berani sahut cabaran untuk BERMULA...risiko berani diambil sebab bisnes ni risiko nya ialah yang boleh dikira..bukan risiko yang tak nampak..hasilnya daku dah merasa senang dan lega sikit sebanyak dalam soal kewangan...
suami lagi banyak lega...macam2 impian dia selama ni dia dah boleh tunaikan...yang paling daku terkejut masa balik rumah minggu lepas...ada basikal racing dalam rumah..ingatkan hubby tolong simpan untuk kawan..bila tanya baru tau kisah nya...hubby cakap..'memang dah lama abang nak berbasikal..tapi selalu takde masa...'
tengokkk...suami ni kalau betul dia takde duit..dia takkan cakap...tapi dia simpan n pendam...sebagai isteri..daku memang faham perangai suami daku ni..n dalam hati daku bersyukur sangat sebab sekarang hubby dah dapat beli basikal impian dia...kalau tak sebab daku buat bisnes...duit suami daku takkan cukup sampai sekarang nak beli basikal tu kan...
satu titik perubahan yang kita berani ambil dalam hidup...boleh membahagiakan orang2 di sekeliling kita...so jangan la kedekut untuk berubah..jangan pentingkan diri sendiri dengan kata..'aku dah selesa sekarang...aku dah takde apa nak dikejar dalam hidup..aku bahagia je...suami aku ada lagi'..itu diri kita sendiri..cuba tengok diri suami dan anak2...penah tanya diorg macam mana diorg rasa...
fikir2 kan lah...kalau suami tak berkaliber untuk buat bisnes ni..diri kita la yang paling layak...jangan takut untuk bermula..sebab dari permulaan tu la akan datangnya kejayaan sedikit demi sedikit...sebab kita ada Allah..Allah dah cakap..'kamu usaha dulu..kemudian baru Aku bantu'..
fikir2kan lah..
No comments:
Post a Comment